![Langkawi Burung Helang atau Lang merupakan simbol bagi Langkawi](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8trxJS0z2II77cmFs6Ml-1kJPJpTwP9f50ml_INhvDQbtpCThY_wYnxGg_OhsOFckx-VaLylSYkggeIdxw3F6ttxmQzpsy4npk1Jf50lXR8J2hWQ4KDjaYEA_pod09UKpzB88Gw7yRQI/s320/20141205_142713.jpg) |
Dataran Lang, Langkawi |
Kali ini saja nak berkongsi pengalaman bercuti pada hujung tahun 2014 yang lalu. Langkawi terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan di Malaysia. Ia kerap dikunjungi pelancong samada dari dalam dan juga luar negara. Selain daripada terkenal dengan Makam Mahsuri, Langkawi juga terkenal dengan aktiviti sukan air dan Dataran Lang merupakan satu simbol yang sudah sinomin dengan Langkawi.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di Langkawi terutama yang bersama anak kecil adalah seperti:
- Kereta Kabel Langkawi
- Skybridge
- Pantai Cenang
- Dataran Lang
- Underwater World Langkawi
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQjThtqfFiGFrzycU1F7xB3X3ZgApIk0kllYrI67B-MC-mKhYBe_9GCWTKQdfvCSGB0tDTtUyicqWuMucTQ537yB3vfiDxjzTq2o6fT1dTa_ZI1pRlxbPfiJCuPTBqLGuye4YaesZJSGE/s200/Kereta+Sewa+Langkawi.jpg) |
Kereta sewa |
Setelah membuat kajian, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan. Untuk membuat tempahan saya hanya merujuk di laman web www.mudah.my Memandangkan hanya kami empat (2 anak kecil) saya memilih untuk menyewa kereta Mirage dari En Mohd (013-2047968). Kami sekeluarga sampai agak lewat di Langkawi sekitar pukul 8.30pm. Kami tidak menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kereta sewa kerana En Mohd sudah sedia menunggu kedatangan kami.
Untuk malam pertama kami menginap di Four Points by Sheraton Langkawi Resort yang terletak di Kuala Muda, Mukim Padang Mat Sirat.Untuk makluman, resort ni dah bertukar nama ke Century Langkasuka Resort (Century Langkasuka Resort, Kampung Padang Masirat, Malaysia) Kami memilih hotel ini kerana terletak berhampiran dengan airport, lebih kurang 15 minit memandu dari airport untuk sampai ke sini. Resort ini terletak agak jauh dari pusat bandar atau pasar berhampiran. Namun bagi yang ingin lari dari kesibukan kota, resort ini sangat sesuai untuk anda bersantai. Selepas selesai bersarapan kami sempat mandi di kolam renang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrpseTwNvac8brkapCYp5rwc5Rywg8uFrk28i4rnSntMQ0t4ZNkhKgvM9LX2HQzSv3EW36BVsCXi15ShTUEjQjfS8EWoDLG65HBxb4ibUXkkexTY7kOPLSl55KxqK96qYh-OYYXAZNdMc/s200/Swimming.jpg) |
Kolam renang berhampiran pantai |
Resort ini memiliki kolam renang untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Pelampung disediakan secara percuma. Anda boleh menikmati suasana pantai yang tenang ketika berenan di kolam renang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXEuA_UtzqrYWEzSH-MCc2GuMclh2PRebJwMKMO4b7x_rs3MJb4ybcVNE-mSDiR9ngctcys9ZIV5Ni-Rce_PshNClzseIGoyZwnk9a9M9K7fJwm3QmxPeNnrFuLn0af1BeWRt8hLTAxYY/s200/20141205_132639.jpg) |
Gerai yang terdapat di sekitar Dataran Lang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFJlsgTOMx2e5znf_2m14HblUvQ_hFOHDpAcL9K9HFZZojAwrkwPwCp__28PcXf4lvc1rgw8axGNUEVvlB9dcnBEM3QnOv5Pz220eFgVkihHCaxoMK2K4gUPyMIW_5eE-BBq891LnRfhc/s200/20141205_141343.jpg) |
Dataran Lang |
Dataran Lang adalah tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Langkawi. Masa yang sesuai untuk ke sini adalah pada awal pagi ataupun pada sebelah petang kerana pada waktu tengah hari tempat ini agak panas. Namun begitu ada terdapat gerai yang menjual topi dan juga aiskrim bagi menghilangkan rasa panas anda.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEleBho9FLKIfWCe3Sn5CMFLKGoP1GZsH4nCqT74VpRkisQMuKPUliC8FSX0mXYYWgebr-sikvz-EBdwp6PGHhjBdL_KnXaNg3UGeriKLs6CmDVRnY13CPXvZeQjxsXE0lBgqCiWCPuXc/s200/20141205_152714.jpg) |
Di dalam Kompleks HIG |
Selepas itu kami menuju ke Kompleks Haji Ismail Group yang terletak berhampiran dengan Dataran Lang. Ada pelbagai barangan "duty free" yang di jual disini terutamanya barangan keperluan untuk memasak. Boleh dikatakan ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi terutama yang minat memasak kerana barangan yang dijual adalah jauh lebih murah berbanding di tempat lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_Rcrk3Alj0qHOMA_7WehknDw7Uup5Fet6W8EWOMTBeHLALpncYU-Vjuj6cvWPVcbenzkKjjBepbC924Ua-CBcYOdZZk1O39KkMW1X6mt2WIp1kMAzNynjaEuipkkhF2VamCebBfFpXBU/s200/20141205_171403.jpg)
Destinasi seterusnya yang kami kunjungi adalah Kereta Kabel Langkawi. Ada pelbagai aktiviti dan gerai menjual kraftangan di sekitar kawasan ini. Selain menaiki kereta kabel anda juga boleh menjalankan aktiviti riadah di dalam kolam yang terdapat di sini. Dari sini kami membeli tiket untuk naik ke Skybridge. Pada hujung minggu terdapat ramai pengunjung ke sini dan anda mungkin akan terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk menanti giliran menaiki kereta kabel ke puncak gunung. Namun begitu anda tak perlu risau banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar kawasan ini dan anda akan disajikan dengan tayangan 3D sementara menunggu giliran menaiki kereta kabel.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ5raiPdhaO7Ygh6sC81flvrhUsP0BiKPT0snHCYPrFDWnRQPPmdPXDFuIMxnAjJ5YZfyWnQBg62XqR-QZZOgei8__mUPgJd9pjNbOsAJobviZ1k1ifBsphhmRniUBcDv33-taVHYituU/s200/Puncak+Kereta+Kabel.jpg) |
Bergambar di puncak gunung |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnkU_HlVHeQ5vqlqgOVsuyxeYvka4k8V9ZlBzKnWVB_5nFC_ywjq4juvZo6s6Ej66v8CeyRqvX8ND8ObMC5h2VK9mn_7-VD2x6ZGGPhxyuGFUyKym6h5-NJKf7oIVvTBmqfDRqbPgGTFE/s200/20141205_174721.jpg) |
Permandangan dari dalam kereta kabel |
Sampai di Skybridge kami sempat bergambar dengan maskot dan juga gambar 3D berlatang belakangkan Skybridge. Selepas itu kami meneruskan pendakian ke puncak gunung menggunakan kereta kabel.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfpt2-9FRHItXa7ZJSwXo70Np5EcYY4ln3nKDuoj126Rlxsilh6FmenKBnBrkN0T0M3j_Pwd_o-dS8PuqFvjTgW2TagJcvzmhjFxD4Qms1PQu9_qvYFDRN4GPzR7Xb_fAEk6XtK45_Iig/s200/20141205_175355.jpg) |
Permandangan dari puncak gunung |
Anda boleh menikmati permandangan Langkawi yang indah dalam suasana yang dingin di atas puncak gunung. Dalam perjalanan turun, kami singgah di Skybridge dan sempat membeli gambar sebagai kenangan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiC4Uw23piRr0WOUT6kKYFOy9G-7f8bwBLBwUC2EoAsvcwMxVr3sqSrnf3DQJeyu9GIBhNv74-lJy5yBHaws931U7_acFjPGqXhAtqPNG9JDFbju-73tYQGlNTbtYncmDFBPbFW7Xf84xY/s320/20141207_233732.jpg) |
Gambar 3D Skybridge |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj410KQqFhiQ2b8pNI940VAdhkPl9JKSQ1Km6OIBpO8e178GMkDIzXChz22ZyFy9JB8el6saGCV6qg7zMOa3T4wNqoH6ydv5fidjkngyXkf6lMNWLUJoFKRyVrwbyJKheq_fV6byaYl1iA/s200/20141205_220234.jpg) |
Antara restoran yang terdapat di sekitar Pantai Cenang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8jMR2lS-x-wKSM3V_D30cq-F0Ln_SXPmm48hIw0WnsF_K1G2Y4z5zIYa-PCwDo3ox_5dW1nR-IwpibDI3sE_Bgr5WiZ3KBjf8rhV2be2YkFIAjr2wDwPC7YcC074d7wNyhSwkN9QKUe4/s200/20141206_104633.jpg) |
Favehotel Cenang |
Setelah turun dari Skybridge kami menuju ke Pantai Cenang. Malam ini kami menginap di Favehotel Cenang.(Favehotel Cenang Beach - Langkawi, Pantai Cenang, Malaysia)Hotel ini terletak di kawasan Pantai Cenang yang terkenal sebagai lokasi pelancongan. Ada terdapat banyak restoran makanan laut terdapat di sepanjang Pantai ini.
Hari kedua sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah di Underwater World Langkawi yang terletak berhampiran dengan Favehotel.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiIp53l45bQvfwUEspoLqNeaIqMFPvjEGyd_U9-UfjAABT1FTFOb7UU5h0c81nIX0qbAHVHljEphTIhCYDzY-kjxwYjcFzCbGmzvkkhCegVAmoT8HWVd5QUOdzEWt8PJtCSFcJiDs_Ceo/s200/20141206_112405.jpg) |
Pekerja memeriksa penguin |
Anak-anak sangat gembira ketika berada disini, jika anda datang pada waktu yang tepat, anda berpeluang menyaksikan pekerja memberi penguin makan. Bagi yang sudah biasa ke Aquaria KLCC, tempat ini memiliki kelainan nya sendiri, selain daripada penguin anda boleh menikmati mural seolah-olah berada di kawasan kutub bersama dengan penguin.
Selepas makan tengah hari kami bertolak ke airport yang terletak lebih kurang 20 - 30 minit dari Pantai Cenang. Sampai di airport kami dimaklumkan oleh tuan punya kereta untuk meninggalkan kereta di dalam parking airport sahaja. Kami bertolak dari Langkawi sekitar pukul 3 petang dan singgah sebentar di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Miri.
Subscribe to My Passion by Email