Saturday, January 30, 2016

Jom shopping di Guangzhou

Terdapat beberapa tempat membeli belah yang sering dikunjungi oleh pelancong ketika berada di Guangzhou, Antara tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan adalah seperti:

  • Beijing Road
  • Shangxiaju Street
  • Zhujiang New Town
  • Taikoo
  • Tianhe Teemall
  • China Plaza

Permandangan di sepanjang Shangxiaju Street, tempat membeli belah di Guangzhou
Shangxiaju Street,
bagunan warna putih tu adalah hotel tempat kami menginap
Shangxiaju Street terletak di daerah Shi De Fu Guangzhou

Kerana kesuntukan masa, untuk lawatan kali ini kami hanya sempat singgah di Shangxiaju Street. Selepas kembali dari Hong Kong, kami menginap di Holiday Inn Shifu. (Holiday Inn Shifu Guangzhou, Liwan, Guangzhou, China ) Hotel ni terletak betul-betul di sepanjang

Holiday Inn Shifu terletak di sepanjang Shangxiaju Street
Holiday Inn terletak
 di sepanjang Shangxiaju Street
Shangxiaju Street. Selepas penat shopping, kami boleh kembali berehat sebentar di hotel. Selain itu, wifi di dalam hotel ni juga satu-satunya connection yang saya boleh access ke facebook. Untuk makluman, facebook tidak dapat di access menggunakan saluran internet biasa di China.

Pelbagai barangan yang dijual di
Shangxiaju Street
Ada berbagai barangan yang dijual di Shangxiaju Street, kebanyakan barangan yang dijual lebih kurang sama dengan barangan yang terdapat di Beijing Road. Shangxiaju Street ni merupakan deretan kedai yang jaraknya lebih kurang 2 - 3 kilometer. Di sepanjang street ni terdapat pelbagai pilihan barangan dari cenderahati, pakaian, kasut, beg dan bermacam-macam lagi. Namun begitu saya perhatikan pakaian yang dijual adalah bersesuaian dengan musim-musim tertentu, sebagai contoh sekiranya musim winter, kebanyakan pakaian yang dijual adalah pakaian berkonsepkan winter.

Selamat ke shopping kat sini? Saya boleh jamin ia sangat selamat. Selain daripada tempat ni dikunjungi ramai pelancong luar negara dan tempatan, pihak keselamatan atau polis sentiasa ada meronda di kawasan ini selama 24 jam. Selain itu pondok keselamatan polis juga ada ditempatkan disini.

Suasana pada
 malam hari
Murah ke barangan yang dijual kat sini? Kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia saya boleh katakan harga barangan kat sini agak murah dan berpatutan. Namun begitu saya perhatikan harga barangan yang dijual sudah fix, agak susah untuk tawar menawar. Selain daripada membeli belah ada juga kedai makan atau restoran di sepanjang jalan sekiranya anda sudah lapar dan penat. Kalau anda bercuti bersama keluarga dan budget hotel tidak menjadi masalah, saya syorkan untuk tinggal di Holiday Inn Shifu sekiranya anda ingin membeli belah di Shangxiaju Street, jika anak-anak sudah penat boleh saja balik ke bilik hotel sambil orang rumah boleh terus shopping..hehe

Kaunter check in Airasia di Baiyun International AirportHari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, cuaca semakin sejuk, sebelum berlepas ke airport anak-anak sudah tidak dapat keluar dari hotel. Kami bertolak dari Hotel ke airport lebih kurang pukul 6pm dan sampai di airport lebih kurang pukul 8.30pm kerana jalan agak jem pada waktu itu. Kami sempat dinner di airport
kerana kaunter drop bag belum dibuka. Kami bertolak dari Baiyun Airport pukul 0015hrs dan mendarat di KKIA lebih kurang pukul 0330hrs dan mengakhiri percutian kami sekeluarga untuk tahun 2015. Jangan lupa nantikan entri untuk percutian tahun 2016 pula.. :) 
Subscribe to My Passion by Email

Tuesday, January 26, 2016

Disneyland Hong Kong

Ulangtahun Disneyland Hong Kong ke-10
Ulangtahun ke-10 Disneyland Hong Kong
Sebut je pasal Disneyland pasti terbayang watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak seperti Mickey Mouse, Winnie The Pooh, Donald Duck, Frozen, dan banyak lagi kan. Tapi jangan silap, Taman Tema Disneyland ni bukan saja tempat yang sesuai untuk kanak-kanak, saya pasti kalau anda pergi kesini silap2 bapa/mak budak lagi excited..haha.

Bergambar di sepanjang Main Street USA, Disneyland Hong Kong
Main Street USA
Kami empat beranak sempat mengunjungi Disneyland sewaktu lawatan ke Hong Kong, secara kebetulan tahun ni Disneyland Hong Kong merayakan ulangtahun yang ke-10. Anak-anak sungguh teruja (bapa/mak budak pun x kurang juga terujanya). Sebenarnya Disneyland Hong Kong ni merupakan Taman Tema Disneyland y
Pintu masuk utama Disneyland Hong Kong
Pintu masuk utama ke dalam Disneyland
ang terkecil di dunia, namun begitu kami memerlukan seharian penuh juga untuk menerokai taman tema ini. Itu pun banyak tempat yang kami tidak dapat kunjungi kerana kesuntukan masa, lagipun kami sampai agak lewat.

Harga tiket masuk ke taman tema ini untuk kemasukan 1 hari adalah HK539 untuk dewasa dan HK385 untuk kanak-kanak. Tiket ada juga dijual untuk kemasukan selama dua hari sekiranya anda bercadang untuk menerokai taman tema ini lebih dari sehari. Anda boleh boleh beli tiket masuk di pintu utama taman tema ini. Selain daripada itu anda boleh beli secara online samaada langsung dari laman web rasmi https://www.hongkongdisneyland.com/tickets/ atau agen-agen online yang lain. Seperti biasa sebelum pergi saya telah membuat kajian dan dapat membeli tiket dengan harga yang lebih murah dari store online. Saya agak bertuah kerana tiket kemasukan untuk kami empat beranak hanya berjumlah RM850, pada masa tu saya tempah dari laman berikut https://www.klook.com/activity/39-hong-kong-disneyland-hong-kong/ 

Lebuhraya menuju ke Disneyland agak lengang
Seperti biasa kami bertolak dari Hotel agak lewat, maklumlah bila bercuti dengan anak-anak ni, memang agak susah nak keluar awal sebab tu kami sekeluarga tidak pernah menggunakan pakej percutian / agen sewaktu bercuti kerana agak susah untuk mengikuti jadual yang disediakan oleh agen-agen yang menyediakan pakej percutian. Kami memilih untuk naik teksi je kerana sudah agak lewat. Sepanjang perjalanan, saya perhatikan kenderaan persendirian agak kurang di Hong Kong dan lebuhraya nya agak lengang. Ini mungkin disebabkan sistem pengangkutan awam yang efisien atau mungkin juga disebabkan harga kereta yang agak mahal kot.

Tempat untuk mendapatkan tiket anda sekiranya sudah membeli tiket online, hanya perlu scan resit pembelian untuk mendapatkan tiket Disnelyland Hong Kong
Self service kios untuk mendapatkan tiket sekiranya anda beli tiket online
Di pintu gerbang Disneyland
Sempat menaiki
Dumbo The Flying Elephant
Toy Story Land
Menaiki bot ke Adventureland
Kami sampai di Disneyland lebih kurang pukul 11.40am. Kami tak perlu berbaris untuk mendapatkan tiket kerana sudah membeli secara online dan hanya perlu scan resit pembelian online pada mesin layan diri untuk mendapatkan tiket kemasukan. Taman tema ni terbahagi kepada beberapa sektion seperti Adventureland, Fantasyland, Grizzly Gulch, Main Street USA, Mystic Point, Tomorrowland, Toy Story Land, setiap point / sektion ini mempunyai keunikan nya sendiri.

Salah satu watak di dalam story telling
Sebelum terlupa, jangan lepaskan pertunjukan perarakan &
Permandangan pada waktu senja
pertunjukan bunga api yang akan dibuat pada pukul 7pm - 0930pm setiap malam yang adakan berlangsung di Main Street USA. Kalau anda berkunjung bersama kanak-kanak jangan lupa ke Toy Story Land ya..ada pertunjukan 3D dan juga Toy Story secara live yang pasti sangat menghiburkan. Sambil tu anda boleh berehat sekejap selepas penat berjalan. Walaupun taman tema ni merupakan Disyneyland yang terkecil, pasti rasa lenguh juga berjalan. selain daripada tu, anda boleh menaiki tren yang akan membawa anda mengelilingi taman tema ni, pintu masuk ke dalam tren tak jauh dari pintu masuk utama ke dalam taman tema ni ya.

Selepas habis perarakan dan pertunjukan bunga api, kami pulang ke hotel menggunakan teksi. Walaupun agak penat namun ia merupakan satu kenangan yang pasti menyeronokkan terutama pada anak-anak. Oh ya, untuk pengetahuan Taman Tema Disneyland terbaru terletak di Shanghai dan akan mula dibuka kepada umum mulai 16 June 2016 (160616)
Bye Disneyland, jumpa lagi di Shanghai
Keesokan harinya kami pulang semula ke Guangzou menggunakan tren bernombor Z818 yang bertolak dari Hong Kong pada pukul 2:32pm dan tiba di Guangzhou East Railway Station lebih kurang pukul 4:30pm. Nak shopping kat mana di Guangzhou ya? Nanti saya sharekan dimana kami sempat singgah untuk shopping di Guangzhou sebelum pulang ke tanah air ya.

Sunday, January 24, 2016

Sampai Di Hong Kong Akhirnya

Gambar di atas Victoria Star Cruise membelakangkan Pulau Hong Kong
Menuggu pintu masuk
pemeriksaan imigresen di
 Guangzhou
East Railway Station
Pada asalnya kami tidak bercadang untuk bercuti ke Hong Kong, namun lebih kurang sebulan sebelum bertolak ke Guangzhou, kami membuat keputusan untuk terus pergi ke Hong Kong memandangkan jarak perjalanan dari Guangzhou ke Hong Kong hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam menggunakan tren. Kami menaiki tren Z817 yang bertolak dari Guangzhou East Railway Station pada pukul 1203hrs dan sampai di Hong Kong atau lebih tepat lagi stesen Hung Hom sekitar pukul 1356hrs. Dalam perjalanan ke Hong Kong kami melintasi bandaraya Shenzhen yang terkenal sebagai pusat elektronik. Bandar Shenzhen juga tidak kurang menariknya untuk dikunjungi tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tidak dapat singgah di bandaraya ini.
Stesen keretapi Shenzhen
Tren ini akan berhenti lebih kurang 10 minit untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Kalau destinasi anda ke Hung Hom / Hong Kong, jangan turun di sini ya..hehe. 

Kami sampai di stesen Hung Hom sekitar pukul 1400hrs. Untuk makluman anda, pihak imigresen Hong Kong tidak akan mengecop / stamp passport kita, mereka hanya akan memberi slip kemasukan yang valid untuk 3 bulan. Jangan hilangkan slip imigresen itu ya..nanti tak pasal-pasal tak dapat keluar dari Hong Kong.
Dalam teksi menuju
 ke Nathan Hotel
Selepas itu kami naik Taxi ke hotel, kalau nak guna subway pun boleh tapi malas juga nak bawa bag dan anak-anak naik subway. Lagipun jarak hotel dari stesen tren lebih kurang 20 minit je menggunakan taxi. Semasa di Hong Kong kami tinggal di Nathan Hotel.
Starbukcs terletak sebelah lobby hotel.
Hotel ni terletak di belakang Novetel jer
Nathan hotel ni berada di bahagian mainland lagi bukan di area pulau dan hanya terletak di belakang Novotel. Hotel ni baru saja dah siap renovate, kami memilih smart room dan dalam bilik disediakan smartphone yang boleh digunakan untuk navigation sewaktu berada di Hong Kong. 
#Kalau anda nak pergi Hong Kong, boleh cuba stay di Nathan Hotel ni ye..pasti berbaloi. Boleh check harga bilik kat sini ya. 
Jalan menuju ke
Victoria Harbour
Memandangkan kami sampai dah agak lewat, so petang tu kami hanya sempat berjalan di sekitar Victoria Harbour. Jarak Victoria Harbour ni dari hotel tempat kami tinggal sekitar 20 - 30 minit berjalan kaki, tapi tak perlu risau kerana di sepanjang perjalanan terdapat pelbagai permandangan yang indah dan tidak
Permandagan di sekitar
jalan ke Voctoria Harbour
membosankan. Selain daripada itu, ia juga selamat kerana ramai penduduk tempatan & juga pelancong di sepanjang jalan ini. Dalam perjalanan tu kami sempat singgah makan di KFC. Barang kat Hong Kong ni boleh dikatakan agak mahal, set ayam KFC saja boleh mencecah sekitar RM40 bagi set yang sama di Malaysia dengan harga sekitar RM15. Saya sempat beli mineral water botol besar kat kedai bersebelahan KFC dengan harga sekitar RM8. 
Street View
Bersama Frozen di dalam galeri bersebelahan dengan Victoria Harbour
Permandangan dari Victoria Harbour
Apa yang best kat sini? Victoria Harbour memang terkenal sebagai lokasi pelancongan, anda boleh menyaksikan pertunjukan warna warni lampu dari bangunan pencakar langit dari dataran Victoria Harbour. Setiap malam persembahan lampu dari bangunan ini akan bermula pada pukul 8pm.
Di atas Victoria Star Cruise
Selain itu, kami sempat menaiki Victoria Star Cruise dari pelabuhan Star Ferry. Anda akan dibawa belayar di sepanjang Victoria Harbour  sambil menyaksikan permandangan indah kota Hong Kong yang diseliputi oleh bangunan pencakar langit. Kami memilih package 'A Symphony of Lights Harbour Cruise' dari pukul 1755hrs - 2055hrs. Package ini berharga
Tiket Victoria Star Cruise
HK160 untuk seorang dewasa. Yang menarik nya package ni, kami dapat menikmati persembahan lampu warna warni dari bangunan di tepi sungai tepat pukul 8pm sambil menikmati makanan di atas kapal.
Permandangan dari atas Star Cruise
Sekiranya anda ke Hong Kong, jangan lepaskan peluang ini. Kemudian kami balik semula ke hotel menggunakan taxi kerana anak-anak sudah kepenatan.
Pertunjukan 'Symphony of Light'
Filem shooting
Memandangkan malam masih muda, kami sempat berjalan-jalan di sekitar hotel, dan sewaktu dalam perjalanan pulang kami sempat melihat aktor Hong Kong yang terkenal dengan panggilan 'Fei Mau" sedang merakamkan watak filem. Bagi yang lahir pada tahun 80an pasti kenal siapa 'Fei Mau' ni kan. 

Keesokan harinya kami akan pergi ke Disneyland Hong Kong..jangan lupa baca entri di Disneyland ya..


Jom tengok hotel deal kat Hong Kong..
Subscribe to My Passion by Email

Jalan-Jalan di Guangzhou Part I

Canton Tower
Subway Station
Sambungan daripada entri sebelum ini. Pada sebelah malam kami mengunjugi Canton Tower yang terletak di Haizhu District atau lebih tepat di Yuejiang Road West. Canton Tower merupakan menara TV yang tertinggi di China. Canton Tower juga terletak di CBD area dan dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang memenuhi metropolitan ini.


Untuk sampai ke sini, kami hanya menggunakan subway dari hotel yang mengambil masa kurang daripada 30 minit menggunakan subway Line 3. 
Bangunan pencakar langit di CBD area

Disekitar Canton Tower ini terdapat juga mall yang sangat besar dan kami sempat bersantai menikmati makanan disini setelah penat berjalan. 


Pintu masuk utama ke dalam zoo,
dalam process renovation ketika kami sampai

Hari kedua selepas bersarapan di Tee Mall, kami menggunakan subway menuju ke Guangzhou Zoo. Kami memilih untuk pergi ke zoo kerana anak-anak mahu melihat 
Panda sedang bersantai / makan

Panda secara live. Untuk datang ke zoo ini juga sangat mudah kerana ia terletak di dalam jaringan subway, pintu masuk ke dalam zoo terletak kira-kira 5 minit dari stesen subway. Selain dari Panda ada pelbagai jenis binatang yang terdapat di dalam zoo ini seperti Zirafah, Gajah & lain-lain. 
Permandangan di dalam zoo
Memberi zirafah makan

Sekiranya anda mengunjungi Guangzhou bersama kanak-kanak tempat ini tidak seharusnya dilepaskan. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam di dalam zoo. Harga tiket masuk juga berpatutan. 

Pintu masuk dibuka pada pukul 5pm
Di luar dewan pertunjukan



Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Chimelong International Circus menggunakan subway dari zoo menggunakan metro Line 3 dan berhenti di stesen Hanxi Chimelong Stesen. Dari subway stesen, kami menaiki free shuttle bas yang terletak diseberang stesen subway.
Pertunjukan baru bermula

Chimelong International Circus dibuka mulai pukul 5pm - 9pm dan pertunjukan akan bermula dari pukul 7.30pm - 8.50pm. Terdapat juga restoran di dalam CIC dan anda boleh menikmati makan malam sementara menunggu persembahan bermula. 
Circus show

Kedai menjual cenderahati juga terdapat di sekitar kawasan dewan pertunjukan. Bagi peminat silap mata, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia sekiranya anda berkunjung ke Guangzhou.


Dari haiwan sehingga ke gimik pertunjukan ahli silap mata, tidak ada satu saat pun yang membosankan ketika berada disini. 


Selepas habis pertunjukan kami balik semula ke hotel menggunakan subway dan sampai di hotel lebih kurang pukul 11pm. 

Tren ke Hong Kong
Keesokan harinya kami bertolak ke Hong Kong menggunakan
Dalam tren ke Hong Kong

tren dari Guangzhou East Railway Station dan akan kembali semula ke Guangzhou. Kami akan berada di Hong Kong selama 2 malam sahaja. Yang best nya, kami tidak perlu membawa semua luggage kami ke Hong Kong kerana pihak hotel membenarkan kami meninggalkan luggage kami di hotel. 

Nantikan cerita selanjutnya di Guangzhou selepas kembara ke Hong Kong pula.