Tuesday, January 26, 2016

Disneyland Hong Kong

Ulangtahun Disneyland Hong Kong ke-10
Ulangtahun ke-10 Disneyland Hong Kong
Sebut je pasal Disneyland pasti terbayang watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak seperti Mickey Mouse, Winnie The Pooh, Donald Duck, Frozen, dan banyak lagi kan. Tapi jangan silap, Taman Tema Disneyland ni bukan saja tempat yang sesuai untuk kanak-kanak, saya pasti kalau anda pergi kesini silap2 bapa/mak budak lagi excited..haha.

Bergambar di sepanjang Main Street USA, Disneyland Hong Kong
Main Street USA
Kami empat beranak sempat mengunjungi Disneyland sewaktu lawatan ke Hong Kong, secara kebetulan tahun ni Disneyland Hong Kong merayakan ulangtahun yang ke-10. Anak-anak sungguh teruja (bapa/mak budak pun x kurang juga terujanya). Sebenarnya Disneyland Hong Kong ni merupakan Taman Tema Disneyland y
Pintu masuk utama Disneyland Hong Kong
Pintu masuk utama ke dalam Disneyland
ang terkecil di dunia, namun begitu kami memerlukan seharian penuh juga untuk menerokai taman tema ini. Itu pun banyak tempat yang kami tidak dapat kunjungi kerana kesuntukan masa, lagipun kami sampai agak lewat.

Harga tiket masuk ke taman tema ini untuk kemasukan 1 hari adalah HK539 untuk dewasa dan HK385 untuk kanak-kanak. Tiket ada juga dijual untuk kemasukan selama dua hari sekiranya anda bercadang untuk menerokai taman tema ini lebih dari sehari. Anda boleh boleh beli tiket masuk di pintu utama taman tema ini. Selain daripada itu anda boleh beli secara online samaada langsung dari laman web rasmi https://www.hongkongdisneyland.com/tickets/ atau agen-agen online yang lain. Seperti biasa sebelum pergi saya telah membuat kajian dan dapat membeli tiket dengan harga yang lebih murah dari store online. Saya agak bertuah kerana tiket kemasukan untuk kami empat beranak hanya berjumlah RM850, pada masa tu saya tempah dari laman berikut https://www.klook.com/activity/39-hong-kong-disneyland-hong-kong/ 

Lebuhraya menuju ke Disneyland agak lengang
Seperti biasa kami bertolak dari Hotel agak lewat, maklumlah bila bercuti dengan anak-anak ni, memang agak susah nak keluar awal sebab tu kami sekeluarga tidak pernah menggunakan pakej percutian / agen sewaktu bercuti kerana agak susah untuk mengikuti jadual yang disediakan oleh agen-agen yang menyediakan pakej percutian. Kami memilih untuk naik teksi je kerana sudah agak lewat. Sepanjang perjalanan, saya perhatikan kenderaan persendirian agak kurang di Hong Kong dan lebuhraya nya agak lengang. Ini mungkin disebabkan sistem pengangkutan awam yang efisien atau mungkin juga disebabkan harga kereta yang agak mahal kot.

Tempat untuk mendapatkan tiket anda sekiranya sudah membeli tiket online, hanya perlu scan resit pembelian untuk mendapatkan tiket Disnelyland Hong Kong
Self service kios untuk mendapatkan tiket sekiranya anda beli tiket online
Di pintu gerbang Disneyland
Sempat menaiki
Dumbo The Flying Elephant
Toy Story Land
Menaiki bot ke Adventureland
Kami sampai di Disneyland lebih kurang pukul 11.40am. Kami tak perlu berbaris untuk mendapatkan tiket kerana sudah membeli secara online dan hanya perlu scan resit pembelian online pada mesin layan diri untuk mendapatkan tiket kemasukan. Taman tema ni terbahagi kepada beberapa sektion seperti Adventureland, Fantasyland, Grizzly Gulch, Main Street USA, Mystic Point, Tomorrowland, Toy Story Land, setiap point / sektion ini mempunyai keunikan nya sendiri.

Salah satu watak di dalam story telling
Sebelum terlupa, jangan lepaskan pertunjukan perarakan &
Permandangan pada waktu senja
pertunjukan bunga api yang akan dibuat pada pukul 7pm - 0930pm setiap malam yang adakan berlangsung di Main Street USA. Kalau anda berkunjung bersama kanak-kanak jangan lupa ke Toy Story Land ya..ada pertunjukan 3D dan juga Toy Story secara live yang pasti sangat menghiburkan. Sambil tu anda boleh berehat sekejap selepas penat berjalan. Walaupun taman tema ni merupakan Disyneyland yang terkecil, pasti rasa lenguh juga berjalan. selain daripada tu, anda boleh menaiki tren yang akan membawa anda mengelilingi taman tema ni, pintu masuk ke dalam tren tak jauh dari pintu masuk utama ke dalam taman tema ni ya.

Selepas habis perarakan dan pertunjukan bunga api, kami pulang ke hotel menggunakan teksi. Walaupun agak penat namun ia merupakan satu kenangan yang pasti menyeronokkan terutama pada anak-anak. Oh ya, untuk pengetahuan Taman Tema Disneyland terbaru terletak di Shanghai dan akan mula dibuka kepada umum mulai 16 June 2016 (160616)
Bye Disneyland, jumpa lagi di Shanghai
Keesokan harinya kami pulang semula ke Guangzou menggunakan tren bernombor Z818 yang bertolak dari Hong Kong pada pukul 2:32pm dan tiba di Guangzhou East Railway Station lebih kurang pukul 4:30pm. Nak shopping kat mana di Guangzhou ya? Nanti saya sharekan dimana kami sempat singgah untuk shopping di Guangzhou sebelum pulang ke tanah air ya.

No comments:

Post a Comment