Sunday, January 24, 2016

Sampai Di Hong Kong Akhirnya

Gambar di atas Victoria Star Cruise membelakangkan Pulau Hong Kong
Menuggu pintu masuk
pemeriksaan imigresen di
 Guangzhou
East Railway Station
Pada asalnya kami tidak bercadang untuk bercuti ke Hong Kong, namun lebih kurang sebulan sebelum bertolak ke Guangzhou, kami membuat keputusan untuk terus pergi ke Hong Kong memandangkan jarak perjalanan dari Guangzhou ke Hong Kong hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam menggunakan tren. Kami menaiki tren Z817 yang bertolak dari Guangzhou East Railway Station pada pukul 1203hrs dan sampai di Hong Kong atau lebih tepat lagi stesen Hung Hom sekitar pukul 1356hrs. Dalam perjalanan ke Hong Kong kami melintasi bandaraya Shenzhen yang terkenal sebagai pusat elektronik. Bandar Shenzhen juga tidak kurang menariknya untuk dikunjungi tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tidak dapat singgah di bandaraya ini.
Stesen keretapi Shenzhen
Tren ini akan berhenti lebih kurang 10 minit untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Kalau destinasi anda ke Hung Hom / Hong Kong, jangan turun di sini ya..hehe. 

Kami sampai di stesen Hung Hom sekitar pukul 1400hrs. Untuk makluman anda, pihak imigresen Hong Kong tidak akan mengecop / stamp passport kita, mereka hanya akan memberi slip kemasukan yang valid untuk 3 bulan. Jangan hilangkan slip imigresen itu ya..nanti tak pasal-pasal tak dapat keluar dari Hong Kong.
Dalam teksi menuju
 ke Nathan Hotel
Selepas itu kami naik Taxi ke hotel, kalau nak guna subway pun boleh tapi malas juga nak bawa bag dan anak-anak naik subway. Lagipun jarak hotel dari stesen tren lebih kurang 20 minit je menggunakan taxi. Semasa di Hong Kong kami tinggal di Nathan Hotel.
Starbukcs terletak sebelah lobby hotel.
Hotel ni terletak di belakang Novetel jer
Nathan hotel ni berada di bahagian mainland lagi bukan di area pulau dan hanya terletak di belakang Novotel. Hotel ni baru saja dah siap renovate, kami memilih smart room dan dalam bilik disediakan smartphone yang boleh digunakan untuk navigation sewaktu berada di Hong Kong. 
#Kalau anda nak pergi Hong Kong, boleh cuba stay di Nathan Hotel ni ye..pasti berbaloi. Boleh check harga bilik kat sini ya. 
Jalan menuju ke
Victoria Harbour
Memandangkan kami sampai dah agak lewat, so petang tu kami hanya sempat berjalan di sekitar Victoria Harbour. Jarak Victoria Harbour ni dari hotel tempat kami tinggal sekitar 20 - 30 minit berjalan kaki, tapi tak perlu risau kerana di sepanjang perjalanan terdapat pelbagai permandangan yang indah dan tidak
Permandagan di sekitar
jalan ke Voctoria Harbour
membosankan. Selain daripada itu, ia juga selamat kerana ramai penduduk tempatan & juga pelancong di sepanjang jalan ini. Dalam perjalanan tu kami sempat singgah makan di KFC. Barang kat Hong Kong ni boleh dikatakan agak mahal, set ayam KFC saja boleh mencecah sekitar RM40 bagi set yang sama di Malaysia dengan harga sekitar RM15. Saya sempat beli mineral water botol besar kat kedai bersebelahan KFC dengan harga sekitar RM8. 
Street View
Bersama Frozen di dalam galeri bersebelahan dengan Victoria Harbour
Permandangan dari Victoria Harbour
Apa yang best kat sini? Victoria Harbour memang terkenal sebagai lokasi pelancongan, anda boleh menyaksikan pertunjukan warna warni lampu dari bangunan pencakar langit dari dataran Victoria Harbour. Setiap malam persembahan lampu dari bangunan ini akan bermula pada pukul 8pm.
Di atas Victoria Star Cruise
Selain itu, kami sempat menaiki Victoria Star Cruise dari pelabuhan Star Ferry. Anda akan dibawa belayar di sepanjang Victoria Harbour  sambil menyaksikan permandangan indah kota Hong Kong yang diseliputi oleh bangunan pencakar langit. Kami memilih package 'A Symphony of Lights Harbour Cruise' dari pukul 1755hrs - 2055hrs. Package ini berharga
Tiket Victoria Star Cruise
HK160 untuk seorang dewasa. Yang menarik nya package ni, kami dapat menikmati persembahan lampu warna warni dari bangunan di tepi sungai tepat pukul 8pm sambil menikmati makanan di atas kapal.
Permandangan dari atas Star Cruise
Sekiranya anda ke Hong Kong, jangan lepaskan peluang ini. Kemudian kami balik semula ke hotel menggunakan taxi kerana anak-anak sudah kepenatan.
Pertunjukan 'Symphony of Light'
Filem shooting
Memandangkan malam masih muda, kami sempat berjalan-jalan di sekitar hotel, dan sewaktu dalam perjalanan pulang kami sempat melihat aktor Hong Kong yang terkenal dengan panggilan 'Fei Mau" sedang merakamkan watak filem. Bagi yang lahir pada tahun 80an pasti kenal siapa 'Fei Mau' ni kan. 

Keesokan harinya kami akan pergi ke Disneyland Hong Kong..jangan lupa baca entri di Disneyland ya..


Jom tengok hotel deal kat Hong Kong..
Subscribe to My Passion by Email

No comments:

Post a Comment