Saturday, January 30, 2016

Jom shopping di Guangzhou

Terdapat beberapa tempat membeli belah yang sering dikunjungi oleh pelancong ketika berada di Guangzhou, Antara tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan adalah seperti:

  • Beijing Road
  • Shangxiaju Street
  • Zhujiang New Town
  • Taikoo
  • Tianhe Teemall
  • China Plaza

Permandangan di sepanjang Shangxiaju Street, tempat membeli belah di Guangzhou
Shangxiaju Street,
bagunan warna putih tu adalah hotel tempat kami menginap
Shangxiaju Street terletak di daerah Shi De Fu Guangzhou

Kerana kesuntukan masa, untuk lawatan kali ini kami hanya sempat singgah di Shangxiaju Street. Selepas kembali dari Hong Kong, kami menginap di Holiday Inn Shifu. (Holiday Inn Shifu Guangzhou, Liwan, Guangzhou, China ) Hotel ni terletak betul-betul di sepanjang

Holiday Inn Shifu terletak di sepanjang Shangxiaju Street
Holiday Inn terletak
 di sepanjang Shangxiaju Street
Shangxiaju Street. Selepas penat shopping, kami boleh kembali berehat sebentar di hotel. Selain itu, wifi di dalam hotel ni juga satu-satunya connection yang saya boleh access ke facebook. Untuk makluman, facebook tidak dapat di access menggunakan saluran internet biasa di China.

Pelbagai barangan yang dijual di
Shangxiaju Street
Ada berbagai barangan yang dijual di Shangxiaju Street, kebanyakan barangan yang dijual lebih kurang sama dengan barangan yang terdapat di Beijing Road. Shangxiaju Street ni merupakan deretan kedai yang jaraknya lebih kurang 2 - 3 kilometer. Di sepanjang street ni terdapat pelbagai pilihan barangan dari cenderahati, pakaian, kasut, beg dan bermacam-macam lagi. Namun begitu saya perhatikan pakaian yang dijual adalah bersesuaian dengan musim-musim tertentu, sebagai contoh sekiranya musim winter, kebanyakan pakaian yang dijual adalah pakaian berkonsepkan winter.

Selamat ke shopping kat sini? Saya boleh jamin ia sangat selamat. Selain daripada tempat ni dikunjungi ramai pelancong luar negara dan tempatan, pihak keselamatan atau polis sentiasa ada meronda di kawasan ini selama 24 jam. Selain itu pondok keselamatan polis juga ada ditempatkan disini.

Suasana pada
 malam hari
Murah ke barangan yang dijual kat sini? Kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia saya boleh katakan harga barangan kat sini agak murah dan berpatutan. Namun begitu saya perhatikan harga barangan yang dijual sudah fix, agak susah untuk tawar menawar. Selain daripada membeli belah ada juga kedai makan atau restoran di sepanjang jalan sekiranya anda sudah lapar dan penat. Kalau anda bercuti bersama keluarga dan budget hotel tidak menjadi masalah, saya syorkan untuk tinggal di Holiday Inn Shifu sekiranya anda ingin membeli belah di Shangxiaju Street, jika anak-anak sudah penat boleh saja balik ke bilik hotel sambil orang rumah boleh terus shopping..hehe

Kaunter check in Airasia di Baiyun International AirportHari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, cuaca semakin sejuk, sebelum berlepas ke airport anak-anak sudah tidak dapat keluar dari hotel. Kami bertolak dari Hotel ke airport lebih kurang pukul 6pm dan sampai di airport lebih kurang pukul 8.30pm kerana jalan agak jem pada waktu itu. Kami sempat dinner di airport
kerana kaunter drop bag belum dibuka. Kami bertolak dari Baiyun Airport pukul 0015hrs dan mendarat di KKIA lebih kurang pukul 0330hrs dan mengakhiri percutian kami sekeluarga untuk tahun 2015. Jangan lupa nantikan entri untuk percutian tahun 2016 pula.. :) 
Subscribe to My Passion by Email

No comments:

Post a Comment