Saturday, November 19, 2016

Cara Untuk Review Hotel Sebelum Membuat Tempahan

Selamat bertemu kembali. Kali ini saya ingin berkongsi tips-tips untuk memilih hotel dengan lebih terperinci. Bagi yang dah biasa melancong, entry kali ini mungkin bukan sesuatu yang baru bagi anda. Saya cuba untuk berkongsi bagaimana cara untuk review sesebuah hotel, keadaan dalaman & juga persekitaran hotel serta bagaimana cara nak dapatkan harga hotel yang berbaloi.

Anda mungkin pernah dengar beberapa website untuk membuat tempahan hotel seperti agoda, booking, trivago dan bermacam-macam lagi kan? Untuk entry kali ni saya nak share bagaimana nak review sesebuah hotel menggunakan agoda Kenapa saya pilih agoda? Kerana saya perhatikan agoda lebih senang dan review hotel lebih lengkap kerana selain daripada komen2 daripada pelawat2 sebelumnya, kita boleh tahu bila hotel tersebut mula beroperasi atau dibina. Saya tak pasti bagaimana citarasa pengguna yang lain, tetapi bagi saya, saya lebih suka tinggal di hotel yang masih baru beroperasi atau baru di ubah suai.

Langkah1: Cari hotel di lokasi yang telah di pilih

Ingat tak pada entry yang lepas saya dah cerita tentang bagaimana nak tentukan di mana lokasi kita nak tinggal kan? Bagi yang belum baca lagi boleh baca kat sini ya.Untuk mencari lokasi hotel tempat kita tinggal hanya pergi saja ke laman agoda dan pada ruangan search kita taip saja nama lokasi, masukkan haribulan untuk check-in & juga check-out. Kemudian tetapkan berapa buah bilik yang kita perlukan & juga jumlah penghuni tinggal di dalam bilik hotel tersebut. Untuk makluman, kebanyakan hotel hanya membenarkan 2 orang dewasa & 2 orang kanak2 untuk tinggal di dalam sesebuah bilik. 
Sebelum tu, bagi memudahkan carian, adalah disyorkan supaya kita sign-up dengan akaun agoda terlebih dahulu bagi memudahkan untuk menyimpan data2 yang telah kita cari. Kita boleh sign-up menggunakan alamat email atau akaun facebook. Cara nya hanya perlu klik pada ruangan "Sign-up" dan ikuti langkah2 seterusnya. 

Langkah 2:

Senarai hotel akan keluar pada skrin pc anda dan boleh membuat pilihan hotel sesuai dengan keperluan anda. Untuk menjimatkan masa, boleh filter jenis-jenis hotel, lokasi, budget, fasiliti & lain kat sebelah kanan website tersebut. Selepas anda klik hotel yang anda ingin tempah, untuk melihat lokasi hotel tersebut anda boleh klik pada view map dan paparan seperti berikut akan keluar.
Selepas itu jika nak lihat komen2 dari pelawat2 sebelumnya boleh klik pada bahagian 'reviews'. Anda boleh membaca komen2 daripada pelawat2 sebelum nya bagi menentukan samada hotel tersebut sesuai atau tidak dengan keperluan anda. Untuk melihat dengan lebih detail tentang hotel tersebut anda boleh klik pada ruangan "About". Disini anda boleh baca dengan details berkaitan dengan hotel tersebut, apakah tempat2 menarik di persekitaran hotel, jenis2 kemudahan pengangkutan yang berhampiran, juga fasiliti yang terdapat pada hotel.
Berbanding dengan website yang lain, agoda memiliki kelebihan tersendiri dimana anda boleh tahu bila hotel tersebut dibina atau di ubahsuai, ini dapat di lihat pada ruangan "Useful Info". Ini yang menyebabkan saya gemar menggunakan agoda untuk membuat review terlebih dahulu. 


Langkah 3:
Dah tahu nak tempah hotel mana? Opss..stop dulu jangan terus tempah ada satu lagi step yang penting yang saya selalu amalkan. Saya akan periksa dahulu lokasi persekitaran hotel tersebut menggunakan street view pulak. Caranya senang saja, hanya pergi ke website berikut www.hotels.com kemudian masukkan atau copy & paste nama hotel yang anda ingin tempah di dalam ruang search
pada hotels.com kemudian klik hotel tersebut. Kemudian klik pada "Check Location" disebelah kiri website dan klik pada "Go to street view" untuk melihat persekitaran hotel tersebut secara bergambar dalam bentuk 3D. Kalau nak kembali kepada map view, hanya perlu klik saja 'Go to map view". 

Langkah 4:
Save on your hotel - www.hotelscombined.comSudah pasti nak tempah hotel yang anda pilih? Untuk mendapatkan harga yang berbaloi atau lebih murah, kita boleh bandingkan harga hotel yang kita ingin tempah pada kat hotelscombined. Kalau nasib baik kita boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah untuk hotel yang sama yang kita ingin tempah. Untuk membuat tempahan hanya perlu klik pada harga yang paling murah dan ikuti langkah2 pembayaran seterusnya. Anda boleh memilih package tempahan yang boleh diubahsuai atau tidak. Biasanya kalau saya belum pasti nak tinggal di hotel tersebut saya akan tempah bilik hotel yang boleh diubahsuai atau boleh dibatalkan tanpa sebarang kos. Tapi jika dah buat keputusan nak tempah hotel tu, baik terus tempah & bayar saja untuk mendapatkan harga yang murah. 

Baiklah itu saja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat lebih2 lagi kepada yang tak biasa tempah hotel atau baru pertama kali nak pergi bercuti. Selamat bercuti..
Subscribe to My Passion by Email

Thursday, November 17, 2016

Pelaburan Pendidikan Untuk Anak-Anak

Tahniah kepada semua pelajar yang sudah mendapat keputusan UPSR anda pada hari ini, apa pun keputusan yang anda capai, bersyukurlah. Kepada ibu bapa, berilah kata2 semangat kepada anak anda tak kira berapa banyak 'E' yang dia dapat & jangan bandingkan keputusan mereka dengan anak org lain. Kejayaan yang anda capai hari ini tak akan kekal sekiranya kita leka, & kegagalan anda hari ini bukan beerti anda sudah gagal selamanya. Sudah menjadi lumrah semua ibu bapa ingin melihat anak2 berjaya & melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dengan kos pendidikan yg semakin meningkat terutama d peringkat universiti, pasti menjadi beban kepada ibu bapa jika tiada perancangan yg rapi bagi menyediakan kewangan yg cukup bagi anak2. Bagi mereka yang berada itu bukan persoalan. Mungkin ada yg berkata, tak apa lah PTPTN kan ada, oh ya berikut merupakan syarat2 baru bagi permohonan PTPTN

✔Jika penjaga / pemohon penerima BR1M anda layak dipertimbangkan utk mendapat pinjaman 100% dari PTPTN
✔Hanya 75% pinjaman diberikan sekiranya penjaga bukan penerima BR1M dgn pendapatan kurang dari RM8K sebulan
✔Jika pendapatan penjaga melebihi RM8K sebulan hanya 50% shj layak dipertimbangkan.

Namun begitu belum terlambat untuk merancang, sekiranya anda belum memiliki pelan simpanan untuk pendidikan anak anda, mungkin boleh bermula sekarang di SSPN-i Plus (SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!). Dengan simpanan serendah RM30 sebulan 5 tahun dari sekarang bila anak anda sudah tamat tingkatan 5 & ingin melanjutkan pelajaran ke universiti / kolej sekurang-kurangnya anda sudah ada RM1362, jumlah yg tidak banyak tapi mungkin cukup membantu untuk membayar yuran pendaftaran. Oh ya..bagi yang baru nak process anak, anda boleh menabung dari anak berumur 1 hari ya..dalam tempoh 20 tahun hanya dengan RM30 sebulan anda sudah ada RM7647, jangan lupa simpanan ini disertakan sekali dgn perlindungan Takaful & layak mendapat perlepasan cukai, so kalau x nak beli additional insurance pun x apa.
Apa tunggu lagi, caranya mudah saja, klik link dibawah dan mula menyimpan untuk masa depan anak anda. Opss..mahal nya RM30 sebulan...cuba fikirkan balik berapa bil telefon anda sebulan, pasti lebih mahal kan? Ni tengah baca post fb guna HP juga kan..tak kan data free, mesti kena bayar bill atau reload..hehe. Org selalu kata jika kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal.
BTW, tahniah sekali lagi kepada semua ibu bapa & anak2 yg sudah mendapat keputusan hari ini. Semoga terus berjaya. God Blessed & thank you sebab baca sampai habis.. :)
huhu..ada x yang berani nak share sesuatu yang baik? Kalau pasal artis ramai juga yg share & like kan..hehe #Somehereovertherainbow

Subscribe to My Passion by Email

Sunday, November 6, 2016

Tips Memilih Lokasi & Hotel Untuk Tinggal Semasa Percutian

Cuti sekolah sudah nak bermula kan? Pasti ramai yang sudah merancang untuk melancong. Memilih hotel dan lokasi untuk tinggal semasa melancong kadang-kadang boleh membuatkan kita stress juga, apatah lagi kalau kita tak pernah pergi ke destinasi tersebut sebelum ini kan. Disini saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana saya memilih hotel dan lokasi untuk menginap ketika percutian bersama keluarga. 

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk memilih lokasi hotel;
  1. Siapa yang akan ikut kita melancong
  2. Tujuan lawatan atau aktiviti
  3. Tempat yang ingin dilawati
  4. Kemudahan pengangkutan
  5. Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel
  6. Sumber makanan
  7. Budget

Siapa yang akan ikut kita melancong?
Sebelum pergi kita memang dah tahu kan siapa yang akan ikut kita melancong, samada seorang diri, bersama keluarga, bersama anak-anak yang masih kecil ka, atau bersama kawan-kawan. Ini penting kerana bukan semua tempat yang disyorkan sesuai dengan citarasa masing-masing. Sebagai contoh tempat yang disyorkan untuk pengembara seorang diri mungkin tidak sesuai untuk mereka yang bersama keluarga dan anak kecil, begitu juga sebalik nya.

Tujuan lawatan atau aktiviti
Selepas itu kenal pasti apakah tujuan lawatan tersebut. Ada orang pergi melancong sambil nak bershopping sakan, ada yang melancong nak tenangkan jiwa dan minda, ada juga yang ingin melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkayak dan sebagainya. Kalau kita dah tahu tujuan kita senang kita nak pilih di lokasi mana nak tinggal.

Tempat yang ingin dilawati
Bahagian ni tak kurang pentingnya juga. Selepas kita kenal pasti tujuan lawatan, kita dah target tempat mana yang kita nak kunjungi. Sebagai contoh tujuan kita nak shopping, so pasti kita akan pergi ke area di mana tempat shopping yang best dan kerap dikunjungi pelancong. Atau mungkin kita nak melawat tempat-tempat bersejarah, muzium, zoo dan sebagainya. 

Kemudahan pengangkutan
Kalau tempat yang ada subway, biasanya saya sekeluarga akan menggunakan subway sebagai medium pengangkutan utama. Oleh itu kena kenal pasti terlebih dahulu bagaimana kemudahan pengangkutan di destinasi yang anda akan kunjungi. Ini bagi mengelakkan kita terperangkap agak lama di dalam kesesakan jalan raya, nanti tak sempat pula nak kunjungi tempat yang telah kita rancang, rugi la pula kan..hehe

Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel
Yang ini pun kena ambil kira juga sesuai dengan keperluan kita. Samada kita nak tinggal kat hotel yang ada sarapan, kolam renang, dobi, gym, transfer ke airpot atau pusat membeli belah, spa dan sebagainya. Tapi kalau kita tak perlukan semua tu, asal ada tempat untuk tidur senang sikit la kan. 

Sumber makanan
Oh ya, bagi rakan-rakan yang beragama Islam, sumber makanan halal juga sangat penting dan kalau boleh biarlah restoran atau kedai-kedai makanan ni berdekatan dengan hotel kita tinggal, manalah tahu tiba-tiba lapar tengah malam senang juga nak cari makanan.

Budget
Last sekali baru fikir tentang budget, kenapa saya kata budget last sekali? Sebab kita boleh pilih hotel yang bersesuaian dengan budget kita selepas kita kenal pasti lokasi di mana kita nak tinggal. Kalau budget tak menjadi masalah boleh tinggal di hotel 4 atau 5 bintang,  di lokasi yang sama pasti juga ada tempat penginapan yang bersesuaian dengan budget kita. 

Ok tu je sikit tips bagaimana nak pilih lokasi atau hotel dimana nak tinggal, base on my experience travel bersama keluarga & anak-anak yang masih kecil. Jangan lupa baca entri yang lebih detail ya, bagaimana nak buat keputusan hotel yang paling sesuai dan juga mendapatkan bilik dengan harga yang murah atau berpatutan. Jangan lupa share ok untuk kebaikan bersama lebih-lebih lagi yang baru pertama kali nak merancang percutian dengan keluarga.
Subscribe to My Passion by Email