Thursday, April 11, 2019

New Blog



Thank you for visiting my blog. 

Please to inform that I had move to www.andrewsalin.com 

Thank you for your support. Feel free to connect with me from the new blog.

Saturday, December 31, 2016

Kawah Putih, Glamping Lake Side & Cibaduyut Bandung

Kawah yang terbentuk
dari letupan gunung berapi
dengan ari berwarna putih
Jadual pada hari ke-3 di Bandung agak padat kerana destinasi kami seterusnya melawat Kawah Putih yang terletak lebih kurang 2 - 3 jam perjalanan dari Bandar Bandung. Kami bertolak dari Hotel lebih kurang pukul 10am. Kawah Putih merupakan satu lagi destinasi yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi
Pintu masuk utama
 ke Kawah Putih
sekiranya anda berada di Kota Bandung. Kawah Putih
Jalan diseliputi kabus
menuju ke puncak Kawah Putih
merupakan kawah yang terbentuk daripada letupan gunung berapi, dan kawah tersebut dipenuhi dengan air yang seakan-akan berwarna putih disebabkan kandungan sulfur daripada gunung berapi. Kawah Putih merupakan gunung berapi yang masih aktif, namun begitu tidak perlu risau sekiranya anda bercadang untuk melawat ke sana, kerana amaran 
akan diberitahu lebih awal sekiranya keadaan tidak selamat untuk dikunjungi.
Kuda merupakan salah satu
pengangkutan utama
di kawasan perkampungan
Permandangan dari kota Bandung ke puncak Kawah Putih sangat menarik, selain melewati beberapa pekan kecil, kami juga melewati kawasan-kawasan perkampungan. Menurut Pak Cacha, pedati kuda merupakan salah satu pengangkutan utama di kawasan perkampungan kerana di kawasan puncak gunung tidak ada pengangkutan awam seperti teksi. 


Tangga turun ke Kawah
Harga tiket untuk seorang (dewasa & kanak2) adalah RP50,000 dan bayaran kenderaan masuk ialah RP150,000. Untuk mengelakan kesesakan di pintu masuk ke Kawah Putih terutama pada waktu cuti, supir kami telah membawa kami singgah untuk membeli tiket di salah satu agen yang terletak di sepanjang laluan ke Kawah Putih. Sewaktu kami sampai sana, terdapat ramai pelancong tempatan dan juga dari Malaysia. Penutup muka (dusk mask) ada dijual disekitar kawasan sebelum kita turun ke kawah, biasanya dusk mask dijual pada harga RP5,000 sekeping. Ketika berada di sekitar kawah, anda boleh dapatkan khidmat freelance photographer. Untuk sekeping
Salah satu photo yang diambil
freelance photographer
gambar yang terus dicetak disana, mereka charge sekitar RM6 sekeping beserta dengan softcopy gambar tersebut. Untuk khidmat tambahan anda boleh menyuruh mereka mengambil gambar menggunakan camera anda sendiri tanpa bayaran. Kebaikan menggunakan khidmat mereka ni, mereka dah biasa dan tahu tempat mana yang paling sesuai dan menarik untuk merakam gambar anda.

Restoran di Glamping Lake Side yang
direka seperti bentukkapal menghadap ke tasik
Dalam pada itu, supir kami Pak Cacha juga mencadangkan supaya selepas ke Kawah Putih kami terus melawat Glamping Lake Side di Patenggang Ciwedey yang terletak lebih kurang 30 minit daripada Kawah Putih. Glamping Lake Side ni merupakan salah satu destinasi pelancongan di Bandung yang baru dibuka. Ia merupakan satu resort yang terletak
Bilik / Resort yang terdapat disini
sekiranya anda ingin bermalam
disekitar tasik. Disini ada juga restoran yang direka bentuk seakan-akan sebuah kapal menghadap ke arah tasik. Kami sempat singgah untuk makan tengah hari di restoran tersebut. Makanan kat sini boleh tahan juga sedapnya, harga pun berpatutan. Anda boleh menikmati makanan sambil bersantai dan menikmati keindahan di sekitar tasik ini. Bagi yang ingin bermalam,
Diatas restoran
resort ini juga ada menyediakan bilik. Sangat sesuai sekiranya anda inginkan suasana sunyi dan lari seketika dari hiruk pikuk kota. 
Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan tasik dengan lebih dekat, anda boleh juga menaiki perkhidmatan bot yang ada disediakan disini. Selain itu perjalanan ke Glamping Lake
Perkhidmatan bot mengelilingi tasik
Side ini juga sangat menarik kerana disini terletaknya salah satu ladang teh yang terbesar di Bandung,malah kawasan resort ini juga dikelilingi oleh ladang teh. Jika anda ingin singgah di ladang teh dan mengambil gambar sebagai kenangan ala-ala cerita Hindi tu sangat digalakkan..hehe.

Bergambar di ladang
teh ala2 cerita hindi kononya :) 
Kami bertolak pulang ke Kota Bandung lebih kurang pukul 4.15pm dan sempat singgah sebentar di ladang teh untuk mengambil gambar ala-ala cerita Hindi..hehe. Disebabkan sudah agak lewat kami tidak singgah di ladang strawberry. 

Toko "Grutty Shoes"
Deretan kasut
Pelbagai pilihan
beg yang ada
Sebelum pulang ke hotel, Pak Cacha membawa kami singgah ke area Cibaduyut. Area Cibaduyut ni terkenal dengan barangan kulit. Kami sampai di area Cibaduyut sekitar pukul 7.30pm dan tidak sempat untuk berjalan disekitar pasar
Pelbagai barangan kulit yang
terdapat di Toko Grutty Shoes
Cibaduyut kerana Pak Cacha terus menghantar kami ke Toko "Grutty Shoes". Di toko ini kita boleh mendapatkan hampir kesemua barangan kulit yang ada dijual disekitar Cibaduyut. Selain menjual barangan kulit seperti kasut, beg, dompet, jaket, kedai cenderamata juga ada terdapat disini. Bagi yang lapar, anda boleh singgah ke restoran yang terletak di tingkat 3. Toko ni tutup sekitar puku
Kedai cenderamata
l 9pm dan ini mengakhiri lawatan kami sekeluarga untuk hari ke-3. Disebabkan sudah agak lewat dan anak-anak pun kepenatan, kami hanya sempat 'tapau' makanan di KFC sebelum balik ke Hotel. 


Terima kasih kerana sudi baca,jika ada kesempatan nanti kita share pula part Transtudio Bandung, Pasar Baru, Toko 3 dan lain-lain ya. Selamat Tahun Baru 2017. 

Subscribe to My Passion by Email

Saturday, December 24, 2016

Hari Ke-2 di Bandung

Gambar di rakam freelance pemandu pelancong
Hari kedua berada di Bandung selepas bersarapan di Hotel, Pak Cacha menjemput kami sekeluarga sekitar pukul 10am untuk bertolak ke Tangkuban Parahu. Perjalanan dari Grand Pacific Hotel, Cicendo, Bandung, Indonesia tempat kami menginap ke Tangkuban Parahu
mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit bergantung kepada keadaan traffic. Permandangan di sepanjang jalan ke Tangkuban Parahu di penuhi dengan rumah-rumah penduduk dan kedai-kedai yang menjual berbagai barangan

Sebelum sampai di Tangkuban Parahu, Pak Cacha sempat berpesan kepada kami barangan kraftangan yang dijual di sana agak mahal malah boleh jadi sepuluh kali ganda dengan harga yang ditawarkan di tempat lain. Selain itu Pak Cacha juga mengingatkan kami sekiranya ditawarkan untuk berjalan menuruni cerun Tangkuban Parahu oleh pemandu pelancong, biayanya agak mahal iaitu sekitar RP400,00 dan perjalanan boleh mengambil masa lebih dari 30minit. Tidak sesuai untuk mereka yang bersama anak kecil. 


Pintu masuk ke Tangkuban Parahu,
tempat untuk membeli tiket masuk
Sewaktu sampai disana, ramai orang tempatan yang berkhidmat secara 'freelance' sebagai pemandu pelancong mengerumuni kami. Mereka menawarkan untuk membantu mengambil gambar & menerangkan sejarah Tangkuban Parahu. Kami sempat menyuruh mereka mengambil gambar kami sekeluarga. Untuk makluman mereka tidak meminta apa-apa bayaran bagi merakam gambar tapi diakhir lawatan kita mereka akan cuba memujuk kita untuk membeli kraftangan yang mereka jual. Sekiranya tidak mahu membeli kraftangan, kiranya kamu bermurah hati cukuplah bagi mereka tips kecil, pasti akan membuatkan mereka gembira. Apa yang saya kesalkan, disebabkan saya cuba mengelak untuk membeli kraftangan yang ditawarkan saya terlupa nak bagi tips kepada mereka. Perasaan bersalah itu masih ada sehingga
ke hari ini kerana mereka melayan pengunjung dengan mesra dan tidak memaksa maksa. Sekiranya anda ingin menunggang kuda, perkhidmatan tersebut juga ada disini

Selepas itu dalam perjalanan pulang ke Bandung, kami meneruskan lawatan ke tempat lain. Pak Cacha membawa kami sekeluarga singgah di tempat memproses Kopi Luwak. Bagi peminat kopi, jangan lupa untuk singgah di sini.


Kopi Luwak merupakan produk asli Indonesia, dimana buah kopi akan diberi makan kepada Luwak (Musang). Selepas itu, buah kopi yang sudah dimakan oleh Luwak dan dikeluarkan dari perut Luwak ketika membuang air dan akan diproses menjadi serbuk kopi. Kami diterangkan segala process pembuatan Kopi Luwak oleh pekerja disini, malah sempat juga menikmati Kopi Luwak.


Kemudian kami meneruskan perjalanan turun dan singgah di Floating Market Lembang. Ini merupakan salah satu destinasi perlancongan yang terdapat di Bandung dan
merupakan satu-satunya market yang terapung diatas tasik di sekitar Bandung. Bagi mereka yang ingin mencuba menaiki perahu atau aktiviti
air yang lain, anda boleh cuba di sini. Harga tiket pun agak berbaloi. Kami tidak sempat menaiki perahu disebabkan kesuntukan masa. Kedai kraftangan pun banyak terdapat disini, pasti berbaloi sekiranya ingin membeli ole-ole untuk kenangan dari Floating Market Lembang.


Kami juga sempat singgah di Farmhouse Susu Lembang atau lebih dikenali sebagai "Rumah Hobbit". Anda boleh

menukar tiket masuk yang berharga RP20,000 seorang dengan minuman susu disini. Jika anda peminat cerita Hobbit, jangan lepaskan peluang untuk singgah disini. Malah ada mini zoo juga, anak-anak pasti gembira memberi arnab atau kambing biri-biri makan. 




Sebelum kembali ke hotel, kami sempat singgah sebentar di factory outlet Rumah Mode. Ini merupakan salah satu outlet yang terkenal di Bandung dan wajib untuk dikunjungi. Namun begitu saya perhatikan barangan atau pakaian yang dijual disini agak mahal berbanding dengan factory outlet yang lain. Kami hanya sempat mencuci mata sahaja. Selain tempat untuk membeli belah, restoran juga ada terdapat disini. 


Kemudian Pak Cacha menghantar kami dinner ke Mayasari
Cafe yang terletak di seberang Station Keretapi Bandung. Sewaktu kami sampai disini, ada ramai pelanggan dari Malaysia yang sedang menikmati makan malam disini. Malah ada satu keluarga dari Malaysia yang meraikan harijadi anak mereka disini dan mereka sempat memberi kek harijadi kepada anak-anak saya. Makan malam di Mayasari Cafe mengakhiri lawatan kami untuk hari kedua, kami sampai dihotel sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.

Ok itu saja cerita hari kedua, nantikan apa pula kisah di hari ketiga ya.


Subscribe to My Passion by Email

Friday, December 16, 2016

Percutian di Bandung & Jakarta Part I

Selamat datang ke Bandung
Akhir November 2016  yang lalu tepatnya pada 27/11/2016 kami sekeluarga telah bercuti ke Bandung & Jakarta. Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 0950hrs dan mendarat di lapangan terbang Jakarta lebih kurang pukul 1050hrs waktu tempatan. Cuaca agak baik sewaktu kami mendarat. Sampai
Salah satu Tol di sepanjang
jalan Jakarta - Bandung
saja di airport, kami telah dijemput oleh 'Supir' yang kami telah tempah untuk membawa kami terus ke Bandung. Kami memilih menggunakan perkhidmatan supir (pemandu + kenderaan) bagi memudahkan lawatan memandangkan di Bandung / Jakarta belum ada perkhidmatan subway, lagipun tempat2 yang kami ingin lawati berada agak jauh. 


Kami menggunakan perkhidmatan supir yang disediakan oleh "Best City & Tour Travel Bandung". Sebelum berangkat saya telah berkomunikasi dengan Cik Nabila. Dia banyak membantu persediaan sebelum kami tiba. Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan supir di Bandung, sangat disyorkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Cik Nabila, dia sangat pantas dalam menjawab sebarang pertanyaan. Kami banyak berhubung melalui whassap (+62 822 1426 8400). Malah beliau juga
Gambar bersama Pak Cacha
menyediakan itinerary untuk lawatan kami sepanjang di Bandung. Selain itu beliau juga menyediakan Pulsa (Sim Kad) yang kami tempah. Supir kami Pak Cacha (+62 822 1642 9126) juga banyak membantu lawatan kami sepanjang kami berada di Bandung. Dari segi harga, sangat berbaloi, kami hanya membayar Rupiah 1,950,000 atau lebih kurang RM660 sahaja untuk perkhidmatan menjemput kami dari Airport Jakarta dan lawatan di Bandung selama 4 hari. 




Permandangan di sepanjang jalan Jakarta - Bandung
Perjalanan dari Airport Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan ke Bandung, Pak Cacha bermurah hati membenarkan kami menggunakan data internet beliau, kerana sim kad yang kami tempah belum diambil lagi. Kami sampai di Bandung
Lebuhraya Bandung - Jakarta
dan langsung di hantar ke hotel penginapan kami di Grand Pacific Hotel, Cicendo, Bandung, Indonesia lebih kurang pukul 3.30 waktu tempatan. Selepas berehat sebentar, Pak Cacha mengambil kami di hotel pukul 6pm untuk memulakan lawatan kami di Bandung. 



Salah satu outlet yang kami sempat pergi
Pak Cacha membawa kami ke Jalan Riau / Dago yang terletak lebih kurang 15 minit menggunakan kenderaan dari hotel tempat kami menginap. Kerana sudah agak lewat, kami hanya sempat singgah di beberapa outlet sahaja. Selepas itu Pak Cacha menghantar kami ke restoran "The Stone Cafe" untuk dinner yang terletak di atas puncak
The Stone Cafe, Dago Bandung
gunung sekitar daerah Dago. Tempat ini sangat sesuai dan menarik, selain menikmati makanan, kami juga dapat melihat permandangan kota Bandung dari puncak gunung sambil dihiburkan dengan nyanyian secara live. Ada pelbagai menu yang disediakan dengan harga yang


Suasana yang romantis ditemani
dengan persembahan nyayian secara live
berpatutan. Jika anda berkunjung ke Bandung, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan malam di sini. Sesuai untuk semua golongan. suasana nya sangat romantis dan aman, lebih cocok untuk yang lagi pacaran atau honeymoon gitu..hehe. 


Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 1030 malam, mengakhiri jadual hari pertama kami di Bandung. Kalau nak suasana yang tenang saya syorkan untuk menginap di sini Grand Pacific Hotel, Cicendo, Bandung, Indonesia selain wifi yang konsisten, menu breakfast juga tidak kurang sedapnya. Sangat selesa menginap di sini sekiranya kamu berada di Bandung menggunakan perkhidmatan supir. 

Grand Pacific Hotel,Cicendo Bandung

Bilik Hotel

Kolam renang yang terdapat di hotel
Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti, kepada yang masih dalam perancangan untuk bercuti semoga entry ni dapat membantu lebih-lebih lagi yang nak bercuti ke Bandung ya. Nantikan cerita seterusnya ok..
Subscribe to My Passion by Email