![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfC2TL05KWxSmR87yhQZ56cNxVcZn_HYOmcoq1lfICGfhxi46KPL0qi3pluhGndEg0-ZOZd7KjJmBM-nflcCxk90SR8R8wXPOHRFEZnBIDPQIeGmBq8g3S8aG0bBSpJBFwYWTw_wMf848/s200/DSC_0762.JPG) |
Kawah yang terbentuk dari letupan gunung berapi dengan ari berwarna putih |
Jadual pada hari ke-3 di Bandung agak padat kerana destinasi kami seterusnya melawat Kawah Putih yang terletak lebih kurang 2 - 3 jam perjalanan dari Bandar Bandung. Kami bertolak dari Hotel lebih kurang pukul 10am. Kawah Putih merupakan satu lagi destinasi yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8vKF8x3bfmZR_PNNHX7appxy5k7HvnfPew_-Rrf4eP74mQQCzlfXnhYfhBxRgFPqz2YnZUZVBjJ0iA-hn305v7NypUXidIwecv9k2wQPIdvtOHNBKhgn6FJaIQLairjgcsEl3qtQU1jQ/s200/DSC_0642.JPG) |
Pintu masuk utama ke Kawah Putih |
sekiranya anda berada di Kota Bandung. Kawah Putih
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3KePIbYxKO8q9sBnQi9rarE8BLv0GUG7PhVl2iJAWLdpL-MAGy6QlHmJksVr0vFk8NqkHw-Ny8hzfSWpcY-Yp60LRGyDcI5WvGtI6dbmEx63H3bxe_6CH2qn5ZmC82cYoxJFyo8ep5XA/s200/DSC_0644.JPG) |
Jalan diseliputi kabus menuju ke puncak Kawah Putih |
merupakan kawah yang terbentuk daripada letupan gunung berapi, dan kawah tersebut dipenuhi dengan air yang seakan-akan berwarna putih disebabkan kandungan sulfur daripada gunung berapi. Kawah Putih merupakan gunung berapi yang masih aktif, namun begitu tidak perlu risau sekiranya anda bercadang untuk melawat ke sana, kerana amaran akan diberitahu lebih awal sekiranya keadaan tidak selamat untuk dikunjungi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nLoZMzbmmD2f__45bQJdP6CPyYpcjtvvZb7BPvmboyfOIpDnlxKOwFKchuhGnWjVx7y3yYVkOUBzoeCo2FaLyQV02H9BSXvMkbcJTC898ctnXZ5v90_Oo4iy-ofi9HwPWUcn-ng-9cA/s200/DSC_0634.JPG) |
Kuda merupakan salah satu pengangkutan utama di kawasan perkampungan |
Permandangan dari kota Bandung ke puncak Kawah Putih sangat menarik, selain melewati beberapa pekan kecil, kami juga melewati kawasan-kawasan perkampungan. Menurut Pak Cacha, pedati kuda merupakan salah satu pengangkutan utama di kawasan perkampungan kerana di kawasan puncak gunung tidak ada pengangkutan awam seperti teksi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb9RdD1V4mdciGYW7TVsQYsaVkaNWT3w-jETAQj6ftLhsoY4lzyAGTXdNJOchXGSu_v8kddg_VBKfvhktsKzuyAFWbkFqTzPyWPbYzQTy8WlyukSq_4AOQ6vzSjUsvAxk-Czo86dgP6UI/s320/DSC_0792.JPG) |
Tangga turun ke Kawah |
Harga tiket untuk seorang (dewasa & kanak2) adalah RP50,000 dan bayaran kenderaan masuk ialah RP150,000. Untuk mengelakan kesesakan di pintu masuk ke Kawah Putih terutama pada waktu cuti, supir kami telah membawa kami singgah untuk membeli tiket di salah satu agen yang terletak di sepanjang laluan ke Kawah Putih. Sewaktu kami sampai sana, terdapat ramai pelancong tempatan dan juga dari Malaysia. Penutup muka (dusk mask) ada dijual disekitar kawasan sebelum kita turun ke kawah, biasanya dusk mask dijual pada harga RP5,000 sekeping. Ketika berada di sekitar kawah, anda boleh dapatkan khidmat freelance photographer. Untuk sekeping
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsJq5YjF66UbF0i3NMBHXl4tdRcmCfCK3mllYyaaHeD7q7GKOGMJCcQFeG8y82xOcbeTAQKBuRRubfZUPPn9ydwUIh0IG93Z60uL_yMmd9mpDrttVjlSWJvTMgjsiPxBNvsl9rYDy7GHE/s320/DSC_0692.JPG) |
Salah satu photo yang diambil freelance photographer |
gambar yang terus dicetak disana, mereka charge sekitar RM6 sekeping beserta dengan softcopy gambar tersebut. Untuk khidmat tambahan anda boleh menyuruh mereka mengambil gambar menggunakan camera anda sendiri tanpa bayaran. Kebaikan menggunakan khidmat mereka ni, mereka dah biasa dan tahu tempat mana yang paling sesuai dan menarik untuk merakam gambar anda.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgI8hkfl2Xwz4tgp4RsUxqgA6e48gDT6GiZxncwXO3IUYuzZnPkRdFfLqY3iHPKHKpCHJztezw7HUupKWw7eJjK348zFuxeiDlGJ15JK-7WCGBDGOrlw3OUGZgK_pHevakWAyuYlO9aDBw/s320/DSC_0843.JPG) |
Restoran di Glamping Lake Side yang direka seperti bentukkapal menghadap ke tasik |
Dalam pada itu, supir kami Pak Cacha juga mencadangkan supaya selepas ke Kawah Putih kami terus melawat Glamping Lake Side di Patenggang Ciwedey yang terletak lebih kurang 30 minit daripada Kawah Putih. Glamping Lake Side ni merupakan salah satu destinasi pelancongan di Bandung yang baru dibuka. Ia merupakan satu resort yang terletak
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeoSmG1jkcO6CadFztr-WpLNn3vSdSl6VND5tQvmuBLaJT3yeETk9Lf2Ks6Iu6AGpOO8e6ZlHGtaSZDMiCjgbM1v5tUhl_5pmIoeLLz912bLsDstyDJ2AT9q93xIx0H-gViMRBTusP8cU/s320/DSC_0800.JPG) |
Bilik / Resort yang terdapat disini sekiranya anda ingin bermalam |
disekitar tasik. Disini ada juga restoran yang direka bentuk seakan-akan sebuah kapal menghadap ke arah tasik. Kami sempat singgah untuk makan tengah hari di restoran tersebut. Makanan kat sini boleh tahan juga sedapnya, harga pun berpatutan. Anda boleh menikmati makanan sambil bersantai dan menikmati keindahan di sekitar tasik ini. Bagi yang ingin bermalam,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9bF3RaYLcmUlbkFtA1j6fYGRlYJP-i2sJU7JPRxxYo5CM0cM4Yj9EwBkexj6SXpuoP4czJZPsIBAoFTVvv8ZxxnWKt1x33XURuP4c7uuVK6gPJ8_gqjHnels36A1S5S6BWithTHu1gZ0/s200/DSC_0806.JPG) |
Diatas restoran |
resort ini juga ada menyediakan bilik. Sangat sesuai sekiranya anda inginkan suasana sunyi dan lari seketika dari hiruk pikuk kota. Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan tasik dengan lebih dekat, anda boleh juga menaiki perkhidmatan bot yang ada disediakan disini. Selain itu perjalanan ke Glamping Lake
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYz5U1OLAc2pzOhwEyN-8wwXL3DWVci5mbPMtkkLgC0ylL_1aNV7y7xMYwc1YElIZsOqHbs0kHVnkeV6mWCy0CGTF7-WRdBNfIiyZZ80SNL39JunvtvLUJVqq6Bq0nTmQ95XHJwsjABA0/s320/DSC_0823.JPG) |
Perkhidmatan bot mengelilingi tasik |
Side ini juga sangat menarik kerana disini terletaknya salah satu ladang teh yang terbesar di Bandung,malah kawasan resort ini juga dikelilingi oleh ladang teh. Jika anda ingin singgah di ladang teh dan mengambil gambar sebagai kenangan ala-ala cerita Hindi tu sangat digalakkan..hehe.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIAgHGvbnWOcTduhCGQtoTKgB63vzqGCXQgpsnnfSHHRvwSKKitV5ePkMEf2jjeBBkU5DGPthroLU_WibbABt8_Fh_t6g87um9pnTEPG5DAky-Zf16rqFrWK3mZyrf-k1oIyWp6y8d0zo/s200/DSC_0859.JPG) |
Bergambar di ladang teh ala2 cerita hindi kononya :) |
Kami bertolak pulang ke Kota Bandung lebih kurang pukul 4.15pm dan sempat singgah sebentar di ladang teh untuk mengambil gambar ala-ala cerita Hindi..hehe. Disebabkan sudah agak lewat kami tidak singgah di ladang strawberry.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn-PH5ToYQVIKHafu6Vo26AzCQKdcM1Khzw75CPFZxwXWHyx77IO6HR7WxOaUBWCSdhKYvdaCTkf30BkXJYaqjj013z2g1BUHDtGI4pAoSUrb_Qi099JCfgaIOsrpU1s-dawMTo6eJJm0/s200/DSC_0868.JPG) |
Toko "Grutty Shoes" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghhIVyiV12o9zCuiCKCOsbU4wihXsj478Zq8aQOGXylZX6CbcDA4M8nyuW_P-bDsrr7oIXAhNScEV6c3DeYkUftI2Yd1W9i41xO4wsxW7a_t3ONk4F5ANhBf-mJWZmiuPu20-MICrYIEs/s200/DSC_0871.JPG) |
Deretan kasut |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiovtPum2S_DB2PnS522AwxtpY7aN0Ahh8oPIUEadLCM-Kpgc92dRXlBLdSEQrXA40nJbIFI5xvVbB_Z0aAJk9FB8Sc4uEzqjOGQJo2lGpZXt6TnoBDO6nRBJig_9aowc5hg9gDTYuIpyQ/s200/DSC_0872.JPG) |
Pelbagai pilihan beg yang ada |
Sebelum pulang ke hotel, Pak Cacha membawa kami singgah ke area Cibaduyut. Area Cibaduyut ni terkenal dengan barangan kulit. Kami sampai di area Cibaduyut sekitar pukul 7.30pm dan tidak sempat untuk berjalan disekitar pasar
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7jCNSoCN_wZUWYTQVTkbNKfglTcyPBf_zISCsaKIMXHtLQtFHrBV3dGlRKmmDN6j_BmRwfx2mjXilvN8g2Rel4FQu7ypCGM6cjvuO3SjzacSSep5NoxDd7ajP0yNpMpL3zwCdHtYM28k/s320/DSC_0873.JPG) |
Pelbagai barangan kulit yang terdapat di Toko Grutty Shoes |
Cibaduyut kerana Pak Cacha terus menghantar kami ke Toko "Grutty Shoes". Di toko ini kita boleh mendapatkan hampir kesemua barangan kulit yang ada dijual disekitar Cibaduyut. Selain menjual barangan kulit seperti kasut, beg, dompet, jaket, kedai cenderamata juga ada terdapat disini. Bagi yang lapar, anda boleh singgah ke restoran yang terletak di tingkat 3. Toko ni tutup sekitar puku
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8keM1gKWXPRnJfyG-RVzty4TPyTyoGfLfnVfqvSNqdmeeIA-Sfl4WEix6DxryGiIAa4-_KgNLwS9etps55h7b-BONuhe9DKkKdm8x84HJtNC5XqtYD7jhhjM2hlJe9Ps8vCXIaJ8Vcig/s320/DSC_0864.JPG) |
Kedai cenderamata |
l 9pm dan ini mengakhiri lawatan kami sekeluarga untuk hari ke-3. Disebabkan sudah agak lewat dan anak-anak pun kepenatan, kami hanya sempat 'tapau' makanan di KFC sebelum balik ke Hotel.
Terima kasih kerana sudi baca,jika ada kesempatan nanti kita share pula part Transtudio Bandung, Pasar Baru, Toko 3 dan lain-lain ya. Selamat Tahun Baru 2017.
Subscribe to My Passion by Email
No comments:
Post a Comment